Isnin, 12 Ogos 2013

Lightweight Board Pro - Wall






Lightweight Board Pro-Wall adalah merupakan dinding panel padanan pasang siap yang direka untuk menahan tangungan beban dari dalam atau luar dinding. Berat dinding panel in hanya di antara 1/5 ke 1/7 dari dinding batu blok jenis tradisional setebal 120mm, yang secara tidak langsung dinding panel ini memberi kelebihan kepada kos pengangkutan yang menjadi lebih murah, teknik pemasangan dinding di tapak pembinaan rumah juga menjadi lebih mudah dan praktikal.

Kelebihan dan praktikaliti
Tanggungan beban dinding - Lightweight Board Pro ini boleh digunakan paku dan juga skru. Beban secara terus kepada dinding boleh mencapai sehinga beban 50kg bagi setiap skru yang digunakan.
Kalis Air / Kelembapan tahap tinggi - Panel ini dilengkapi dengan fungsi kalis air / kelebapan tahap tinggi, dan boleh digunakan pada kawasan berkeadaan udara lembap seperti dapur dan tandas.
Kalis bunyi - Lightweight Board Pro-Wall mempunyai fungsi kalis bunyi yang sangat bagus. Bunyian dari luar dan dalam panel dapat diasingkan dengan penyerapan oleh komposisi bahan yang terdapat didalam dinding panel ini. Dinding panel ini dengan ketebalan 75mm mampu menapis bunyian sehinga tahap 46dB.


image

image

image

2 ulasan:

  1. Pertanyaan... Di malaysia ada ke pembekal Lightweight Board Pro - Wall ..?
    berapa harga setiap keping Borad dan jumlah kepingan borad utk dinding rumah banglo setingkat..?

    BalasPadam
  2. dgn mnggunakan IBS,,, adakah dpt mengelakkan ancaman anai-anai? harap persoalan saya mendapat perhatian cik/puan...

    BalasPadam