Isnin, 12 Ogos 2013

Sistem IBS (INDUSTRIAL BUILDING SYSTEM)


Industrial Building System (IBS) atau Sistem Bangunan Berindustri merupakan suatu sistem atau kaedah pembinaan yang menggunakan komponen prasiap yang dihasilkan secara terkawal yang disediakan di kilang, ia boleh diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual dengan usaha tambahan buruh yang minima di tapak pembinaan rumah. 
Umumnya, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan, malah penyediaan bahan binaan akan lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan juga lebih singkat. Dengan erti kata lain, IBS merupakan suatu alternatif kepada kaedah konvensional yang banyak bergantung kepada penggunaan tenaga buruh yang ramai. PHSB dengan kerjasama CIDB serta LEDEX© dan juga Seamasters© telah melancarkan program Perumahan Ehsan untuk rakyat Malaysia, dimana pembinaan akan dikendalikan oleh PHSB bagi kerja berkaitan mengawal-seliaan projek tersebut.

Dari sudut klasifikasi struktur, lima kluster utama IBS yang biasa digunakan di dalam pembinaan rumah dan juga bangunan di Malaysia adalah:

Sistem Kerangka Keluli
Sistem Acuan Keluli
Sistem Blok Pratuang
Sistem Kerangka Kayu Prasiap
Sistem Kerangka Panel & Kekotak Konkrit Pratuang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan